12 Nov 2014

SEMESTIYA PAU MAZZAN....



GST

Bajet 2015: Senarai Barangan Di Kecualikan GST

on SUNDAY, OCTOBER 12, 2014 
Senarai Barangan Yang Di Kecualikan GST

Barangan Yang Di Kecualikan GST


Kita semua sedia maklum bahawa GST atau cukai barangan dan perkhidmatan akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Dengan perlaksanaan ini, kadar cukai 6 peratus akan dikenakan ke atas setiap barangan dan perkhidmatan yang diwartakan. Dengan pelaksanaan GST kerajaan berharap dapat meningkatkan hasil kutipan kepada RM23.2 bilion.

Perlaksanaan GST pastinya akan memberi kesan ke atas setiap warga Malaysia. Kita perlu memperuntukkan lebihan wang bagi membayar kadar cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu samada secara lansung atau tidak lansung. 

Sebagai rakyat Malaysia kita perlukan "BUDGET" yang lebih baik untuk tahun-tahun berikutnya. Pastikan ada pertambahan dalam sumber pendapatan kita. Kenalpasti barangan dan perkhidmatan yang dikenakan serta dikecualikan GST untuk merancang perbelanjaan kita sebaik mungkin. 

Berikut adalah sebahagian dari barangan yang dikecualikan GST berdasarkan pengumuman yang dibuat dalam Bajet 2014 & 2015:

Senarai Barangan Yang Di Kecualikan GST

Senarai Barangan Yang Di Kecualikan GST
Kerajaan Malaysia juga telah berjanji akan mewartakan 900 jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST pada hari ini untuk membolehkan semua pihak bersedia dari segi mentally & physically. Jadi pastikan kita semua alert dengan pengumuman yang dibuat.

Dan sebagai rakyat Malaysia kita juga perlu faham bahawa biarpun barangan dan perkhimatan di atas tidak dikenakan cukai tetapi ianya tidak memberi jaminan bahawa harganya tidak akan naik. Contohnya RON 95 dikecualikan dari GST. Tapi harganya mungkin akan naik lagi. Begitu juga dengan gula atau barangan keperluan yang lain. Barangan ini dikecualikan cukai, tapi harganya mungkin akan naik atau mungkin juga kekal. Jadi kita sebagai rakyat malaysia perlu faham akan implikasi kenaikan harga dan juga kaitannya dengan GST.Tidak dikenakan GST bukan bermakna harga tidak akan naik. Ianya dua perkara yang berbeza.